15 Dec 2024, 12:34:42
18 JULAI 2024
Kumpulan penyelidik dari Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT) telah menunaikan amanah yang dihulurkan melalui Pejabat Wakaf dan Endowmen dengan menghasilkan serta menyerahkan kerusi rekaan khas yang direka mengikut keperluan adik Arfan Bashir. Penyerahan kerusi tersebut telah dilakukan di kediaman adik Arfan, yang kini sedang berjuang melawan penyakit radang otak sehingga menyebabkan kelemahan pada anggota badannya.
Semoga inisiatif murni ini bukan sahaja mendapat keredhaan Allah SWT, tetapi juga menjadi sumber kekuatan buat keluarga Encik Bashir dalam menghadapi cabaran ini.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas usaha yang penuh kasih sayang ini.