thumbnail

Infaq Ramadan 1445H

22 Apr 2024, 14:58:21

1 April 2024 | 21 Ramadan 1445H

Pejabat Wakaf dan Endowmen UniSZA  dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniSZA telah mengadakan satu program Agihan Makanan berbuka puasa sempena Kempen Infaq Ramadan yang dijalankan sepanjang bulan Ramadan tahun ini. Sebanyak 360 pek nasi ayam  telah berjaya diagihkan kepada pelajar UniSZA. Lokasi agihan adalah bertempat di Foyer Asrama Pelajar. 

Inisiatif ini adalah satu cara yang bermakna untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan dan meningkatkan semangat beramal dalam bulan Ramadan. Diharapkan program ini dapat terus dijalankan setiap kali bulan Ramadan dalam memberi manfaat kepada pelajar dan juga komuniti setempat.

Web_Photo_Editor (1).jpg 390.25 KB