thumbnail

MAJLIS PENYERAHAN KOMPUTER RIBA KEPADA PELAJAR PUSPA SUMBANGAN ZAKAT PERUMAHAN KINRARA BERHAD

15 Dec 2024, 12:13:36

Pada 3 Disember 2024, seramai 14 pelajar Pusat Asasi Sains dan Perubatan (PUSPA), UniSZA telah menerima sumbangan komputer riba dalam sebuah majlis penuh bermakna. Penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor HEPA, YBhg. Prof. Madya Dato’ Ts. Dr. Mohd Hafiz Yusoff, dengan kehadiran Pengarah PUSPA, Prof. Madya Dr. Sharifah Wajihah Wafa Syed Saadun Tarek Wafa dan Pengarah Pejabat Wakaf dan Endowmen UniSZA, Dr. Ahmad Faizol bin Ismail.

Inisiatif ini bertujuan membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) yang menghadapi cabaran ketiadaan komputer riba sepanjang sesi pembelajaran. Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga penerima dan menjadi pemangkin kejayaan para pelajar PUSPA dalam perjalanan akademik mereka. Semoga usaha ini diberkati dan memberi manfaat yang berpanjangan.