thumbnail

Majlis Penyerahan Wakalah Zakat Oleh Pihak Paynet Kepada UniSZA

11 Jul 2023, 11:18:33

4 Julai 2023

Majlis Penyerahan Wakalah Zakat oleh pihak Payments Network Malaysia (PayNet) yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Canselori. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), YBhg. Prof. Madya Dato' Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff @ Che Abdullah dan juga Bendahari UniSZA, YBrs. Encik Suhaili bin Mohd.
Sumbangan wakalah zakat tersebut telah diserahkan kepada Pengarah Pejabat Wakaf dan Endowmen UniSZA, YBrs. Dr. Ahmad Faizol bin Ismail.

Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat dimanfaatkan pada yang memerlukan khususnya untuk pelajar UniSZA 

Untitled (1131 × 636 px).jpg 145.47 KB