thumbnail

PENERIMA BIASISWA WAKAF DAN BANTUAN PENGAJIAN AWAL DI UniSZA

03 Oct 2024, 22:51:48

 

Presentation2.jpg 274.9 KB
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menyalurkan biasiswa wakaf dan bantuan awal pengajian melalui Pejabat Wakaf dan Endowmen kepada tiga pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda UniSZA Sesi Kemasukan 2024/2025. Biasiswa Wakaf UniSZA ini dibiayai melalui sumber wakalah zakat daripada institusi dan orang ramai.Biasiswa ini ditawarkan kepada pelajar tertakluk kepada hasil siasatan terperinci.

2 pelajar yang merupakan penerima biasiswa wakaf adalah pelajar asnaf mualaf UniSZA,Noor Firdaws Barakth Arunachalam Lakshmanan yang juga pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda Undang-undang manakala pelajar sedia ada UniSZA yang baharu memeluk agama Islam, Aaron Lim Teck Ming juga menerima bantuan penuh pengajian dan sara hidup.  Mereka ini ditanggung sepenuhnya yuran pengajian, yuran asrama dan elaun sara hidup dengan menggunakan sumber zakat berjumlah RM 36,000.00.

Seorang lagi pelajar baharu, Khairun  Nisa Ahmad Fauzi, adalah penerima bantuan awal pengajian dan sara hidup berjumlah RM 3,930.00.

Semoga dengan pemberian bantuan ini, pelajar dapat memanfaatkan sebaik mungkin dan terus melakar kecemerlangan dalam bidang yang diceburi.

https://www.youtube.com/watch?v=JFbwGy2sjLw&list=PPSV