15 Dec 2024, 13:02:57
23 Oktober 2024
Sebanyak tiga pelekat kempen “Jom Bersama Kami: Menyumbang Dana Wakaf, Endowmen, Infaq dan Wakalah Zakat kepada UniSZA” kini menghiasi bahagian belakang bas UniSZA. Langkah ini diambil sebagai usaha proaktif untuk memperluaskan penyebaran maklumat mengenai Portal Infaq UniSZA, sebuah platform yang memudahkan orang ramai menyumbang bagi tujuan kebajikan dan pembangunan pendidikan.
Semoga inisiatif kreatif ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran masyarakat, tetapi juga menjadi pemangkin kepada lebih banyak sumbangan ikhlas yang mampu membawa manfaat berpanjangan kepada semua pihak yang terlibat.