a. Latar belakang projek
Mastering the Act of Effective Storytelling for Kindergarten Teachers dirancang bertujuan untuk meningkatkan teknik dan kemahiran penceritaan guru-guru tadika swasta di Kuala Terengganu. Teknik penceritaan atau storytelling penting dalam perkembangan pendidikan awal kanak-kanak kerana teknik ini membantu kanak- kanak lebih mudah memahami sesuatu perkara
yang dipelajari. Malah, dalam dunia yang serba moden dan kompetitif ini, amat penting para pendidik menggunakan pelbagai teknik dalam meningkatkan kefahaman pelajar. Pendidikan awal kanak-kanak sememangnya merupakan sistem pendidikan yang begitu penting dalam proses pembelajaran seseorang individu. Minat terhadap pembelajaran dipupuk di peringkat ini.
b. Pembuktian permasalahan / keperluan komuniti
Teknik penceritaan telah lama diterapkan dalam pedagogi pendidikan. Malah, teknik penceritaan ini mempunyai pelbagai kebaikan antaranya meningkatkan kefahaman pelajar, meningkatkan penguasaan bahasa dan memupuk minat pelajar terhadap pembelajaran. Walaubagaimanapun, masih terdapat sebilangan pendidik yang kurang peka tentang kepentingan teknik penceritaan ini. Penceritaan bukan sahaja terhad kepada pengisahan kisah dongeng atau buku cerita semata-mata, malah teknik penceritaan yang baik turut perlu diterapkan dalam pengajaran bahasa, pendidikan islam, malah juga dalam subjek sains dan matematik. Menyedari kelemahan ini, program ini dirancang untuk membantu para guru tadika meningkatkan penguasaan teknik penceritaan dalam pembelajaran dengan lebih baik dan berkesan.
c. Objektif
• Meningkatkan teknik penceritaan di kalangan guru tadika swasta.
• Mendedahkan guru tadika swasta dengan penghasilan alat bantuan teknik penceritaan dengan baik
• Memupuk semangat cintakan ilmu dan pengetahuan baharu di kalangan para peserta.
d. Kaedah pelaksanaan
Program ini akan dilaksanakan selama sembilan (9) bulan. Kaedah perlaksanaan ialah secara bengkel dan latihan bersemuka kepada para peserta. Sebanyak empat (4) sesi bengkel dan perkongsian ilmu akan diadakan bersama para peserta. Para peserta juga akan diminta untuk mebuat empat tugasan bagi menguji kefahaman dan meningkatkan kemahiran penceritaan dalam pengajaran.
RM 10.00
RM 10.00