TABUNG KEBAJIKAN DAN BAKAT PEJABAT WAKAF DAN ENDOWMEN

Menyediakan wang saguhati kepada pelajar dan penyelidik yang menjalani latihan atau penyelidikan di Pejabat WAKAF serta menampung perbelanjaan program anjuran Pejabat WAKAF yang melibatkan pihak luar.

campaign-thumbnail
DERMA

Sasaran

RM 5,000

Kutipan terkini — RM 0.00

0% daripada sasaran

0

Penyumbang

Kongsikan kempen ini

Sasaran dana:
Menyediakan wang saguhati kepada pelajar dan penyelidik yang menjalani latihan industri atau penyelidikan di Pejabat WAKAFMenampung keperluan perbelanjaan berkaitan pelaksanaan program anjuran Pejabat WAKAF yang melibatkan jemputan, penceramah, peserta atau pihak luar, tertakluk kepada keperluan dan kelulusan yang berkaitan.

Untuk apa dana ini digunakan?

Memberikan wang saguhati kepada mereka yang menyumbang kepada institusi wakaf UniSZA termasuk pelajar, penyelidik dan penceramah.
Membiayai keperluan berkaitan pelaksanaan program anjuran Pejabat WAKAF, termasuk pengurusan jemputan penceramah, peserta dan pihak luar.

Bilakah kempen projek ini akan bermula dan dijangka selesai?

Kempen ini adalah kempen terbuka (tiada tempoh masa)

Mengapa perlu menyumbang?

Sumbangan yang diberikan merupakan satu bentuk sokongan dalam menghargai sumbangan pelajar praktikal melalui pemberian wang saguhati. Setiap sumbangan, tanpa mengira jumlah, amat bermakna dalam mewujudkan persekitaran kerja yang prihatin, harmoni dan saling menyokong.

 
Apakah status terkini projek ini?

Tabung Kebajikan dan Bakat Pejabat WAKAF UniSZA merupakan inisiatif yang dirancang bagi menghimpunkan sumbangan untuk menyokong penghargaan kepada pelajar praktikal serta pelaksanaan program pejabat. Kempen kutipan dana akan dilaksanakan melalui Portal Infaq UniSZA bagi memudahkan penyaluran sumbangan secara dalam talian. Dana yang diterima akan diuruskan dan dimanfaatkan berdasarkan keperluan serta tujuan tabung yang telah ditetapkan.


Apakah impak kebaikan kepada penerima dan masyarakat?

Penghargaan kepada pelajar praktikal, penyelidik dan penceramah yang telah memberi sumbangan, komitmen dan khidmat kepada institusi wakaf UniSZA.

Pelaksanaan program: Membantu menyokong kelancaran program anjuran Pejabat WAKAF serta memperkukuh hubungan kerjasama dengan pihak luar dan masyarakat.

Tiada kemaskini disediakan.
Tiada sumbangan diterima pada masa ini.
Tiada ulasan dihantar.