1. Latar belakang projek
Program komuniti Microbes Fun ini akan dilaksanakan oleh pensyarah-pensyarah dari Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Program ini dicadangkan untuk dilaksanakan selama 6 bulan bermula dari Oktober 2023 hingga Mac 2024. Program ini akan diadakan di Makmal Mikrobiologi dan Parasitologi, UniSZA Kampus Perubatan. Program ini menyasarkan peserta dari kalangan murid-murid dari 6 buah sekolah rendah di terpilih terutamanya di kalangan luar bandar. Matlamat utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terutamanya murid-murid sekolah rendah tentang kepentingan penjagaan kesihatan serta memberi kesedaran tentang penyakit-penyakit bawaan mikrob dan menanam minat murid-murid tentang bidang mikrobiologi dan parasitologi. Bidang mikrobiologi yang akan diberi pendedahan adalah berkaitan mikrobiologi kesihatan, persekitaran dan makanan. Program ini juga akan dapat menambah baik kerja berpasukan dan kemahiran pengucapan awam murid-murid. Selain dapat membantu murid-murid untuk memahami kepentingan pendidikan kesihatan.
2. Pembuktian permasalahan / keperluan komuniti
Bidang mikrobiologi adalah satu bidang kerjaya yang amat penting yang menyokong kepesatan pelbagai industri di Malaysia. Oleh itu, minat dan kefahaman terhadap bidang ini perlu diterap kepada murid-murid sejak dari awal. Pengetahuan kebersihan diri dalam kalangan murid-murid adalah rendah terutamanya kurang kesedaran tentang teknik membasuh tangan yang betul yang akan meningkatkan risiko penyakit berjangkit sekaligus menjejaskan kehadiran ke sekolah. Kurang pengetahuan tentang kesihatan dan punca terjadinya sesuatu penyakit berjangkit merupakan punca utama peningkatan penyakit berjangkit dalam masyarakat. Oleh pendidikan kesihatan perlu diberikan seawal mungkin kepada kanak-kanak. Murid-murid juga akan diberi ilmu dan pengetahuan mengenai kaedah ‘food preservation’ dan pemprosesan makanan menggunakan fermentasi mikrobiologi. Kepentingan mikrobiologi dalam konsep makanan dan pemakanan seperti penghasilan makanan fermentasi seperti yoghut, yang baik kepada kesihatan.
3. Objektif
1. mendidik murid-murid tentang bidang mikrobiologi.
2. menyampaikan tentang peranan mikroorganisma dalam kehidupan seharian.
3. mendedahkan murid-murid kepada kepentingan menjaga kebersihan yang betul.
4. menerangkan kepada murid-murid faedah, potensi dan bahaya mikroorganisma yang berbeza.
5. memberi pendedahan tentang penyelidikan mikrobiologi yang boleh meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.
4. Kaedah pelaksanaan
Program ini akan dijalankan Makmal Mikrobiologi dan Parasitologi, UniSZA Kampus Perubatan. Seramai 10 orang murid-murid dari setiap sekolah rendah yang terpilih akan dijemput bagi penyertai program ini pada hujung minggu (setiap sabtu/separuh hari). 6 buah sekolah rendah di akan terlibat iaitu 1 bulan 1 sekolah. Jumlah keseluruhan murid yang dijangka akan mendapat manfaat dari program ini adalah seramai 60 orang murid. Antara aktiviti yang dicadangkan adalah berkaitan pengenalan terhadap dunia mikroorganisma yang terdiri daripada bakteria, virus, fungi, parasit serta pendedahan kepada bakteria baik dan jahat yang terlibat dalam mikrobiologi makanan.
Dana yang ingin dikumpulkan adalah sebanyak RM 8,400 . 90% daripada dana yang disumbangkan ini akan digunakan untuk memenuhi keperluan untuk menjalankan projek/penyelidikan/aktiviti ini. 10% daripada jumlah yang disumbangkan akan dimasukkan ke dalam tabung endowment penyelidikan UniSZA. Dana ini akan dilaburkan dan keuntungan yang bakal dijana akan digunakan untuk mendanai aktiviti penyelidikan UniSZA pada masa akan datang.
RM 5,000.00
RM 100.00
RM 10.00
RM 50.00
RM 10.00
RM 20.00
RM 5.00
RM 2.00
RM 100.00
RM 5.00
RM 10.00
RM 5.00
RM 5.00
RM 10.00
RM 5.00
RM 5.00
RM 5.00
RM 10.00
RM 5.00
RM 5.00
RM 5.00
RM 50.00
RM 5.00
RM 10.00
RM 50.00
RM 10.00
RM 10.00
RM 10.00
RM 20.00
RM 200.00
RM 5.00
RM 10.00
RM 10.00
RM 1.00
RM 50.00
RM 10.00
RM 10.00
RM 10.00
RM 11.00
RM 5.00
RM 200.00
RM 500.00
RM 5.00
RM 10.00
RM 50.00
RM 10.00
RM 20.00
RM 20.00
RM 69.00
RM 50.00
RM 20.00
RM 10.00
RM 10.00
RM 10.00