A. Latar belakang projek
Makanan warisan hampir pupus merupakan makanan yang mempunyai citarasa yang khusus dalam sesebuah komuniti. Makanan warisan boleh dikategorikan seperti lauk pauk, kuih muih, pencuci mulut dan manisan. Antara makanan warisan Terengganu termasuklah kuih muih sepetrti tepung beko, belebak ubi, tepung bungkus, nekbat, akok, putu mayam dan tepung gomok. Kuih-muih ini mempunyai keunikannya yang tersendiri dari segi pembuatan dan rasa serta adunan yang penuh dengan bahan semulajadi tanpa bahan pengawet. Oleh hal yang demikian itu, program pelestarian makanan warisan hampir pupus amat penting bagi memartabatkan kembali makanan warisan dan seterusnya mengajak golongan muda untuk mengamalkan dan memelihara makanan sejak zaman-berzaman. Pelbagai makanan warisan yang belum pernah dirasai dan mungkin sudah tidak pernah didengar dan diketahui oleh anak-anak muda dan generasi hari ini akan dapat diketengahkan selaras dengan usaha kerajaan dalam memartabatkan makanan warisan.
B. Pembuktian permasalahan / keperluan komuniti
1. Generasi muda kurang mengetahui cara penyediakan makanan warisan kerana kekangan pengetahuan berkenaan dengan hidangan warisan Melayu ini.
2. Generasi muda tidak mengenal makanan warisan kerana lebih memilih makanan moden seperti chicken chop, MC Donald, KFC, tealive, ramen dan spaghetti. Sehingga makanan warisan tenggalam dengan arus pemodenan pada hari ini.
3. Generasi muda menjadikan makanan moden sebagai pilihan utama kerana menepati gaya hidup mereka dan lebih menyedihkan lagi ada yang langsung tidak mengenali makanan warisan.
4. Dengan adanya program pelestarian makanan warisan, pakar masakan dapat diketengahkan, pendokumentasian makanan warisan dapat dilaksanakan dan seterusnya di komersialkan sama ada di dalam dan di luar negara.
C. Objektif
1. Mengkaji makanan warisan hampir pupus di Kampung Padang Kemunting, Kuala Nerus.
2. Menganalisis cara pembuatan makanan warisan hampir pupus dalam memartabatkan khazanah warisan
3. Pendokumentasian makanan warisan hampir pupus dalam memulihara keasliannya untuk generasi akan datang.
D. Kaedah pelaksanaan:
1. Menjejaki makanan warisan hampir pupus di Kampung Padang Kemunting, Kuala Nerus.
2. Demonstrasi masakan makanan warisan hampir pupus dengan mengadakan program pelestarian makanan warisan hampir pupus di Kampung Padang Kemunting, Kuala Nerus.
3. Merekodkan temubual dan video masakan dengan pakar masakan warisan hampir pupus.
4. Dokumentasi makanan warisan hampir pupus dalam bentuk QR Code dan monograf.
Dana yang ingin dikumpulkan adalah sebanyak RM 3367.76. 90% daripada dana yang disumbangkan ini akan digunakan untuk memenuhi keperluan untuk menjalankan projek/penyelidikan/aktiviti ini. 10% daripada jumlah yang disumbangkan akan dimasukkan ke dalam tabung endowment penyelidikan UniSZA. Dana ini akan dilaburkan dan keuntungan yang bakal dijana akan digunakan untuk mendanai aktiviti penyelidikan UniSZA pada masa akan datang.
RM 10.00
RM 10.00
RM 10.00