Strategi Masa Depan Mahasiswa Al-Azhar, Mesir Dalam Menangani Isu Ekonomi dan Keilmuan Masyarakat Terengganu

Projek ini bertujuan untuk membangunkan strategi masa depan bagi mahasiswa Al-Azhar, Mesir, dalam menangani isu-isu ekonomi dan keilmuan masyarakat Terengganu.

campaign-thumbnail
ENDOWMEN

Sasaran

RM 6,000

Kutipan terkini — RM 5,010.00

84% daripada sasaran

4

Penyumbang

Kempen Telah Tamat Terima kasih atas sokongan anda

Kongsikan kempen ini

Latar Belakang Projek 

 

Projek ini bertujuan untuk membangunkan strategi masa depan bagi mahasiswa Al-Azhar, Mesir, dalam menangani isu-isu ekonomi dan keilmuan masyarakat Terengganu. Masyarakat Terengganu, yang terkenal dengan tradisi keilmuan Islam, menghadapi cabaran besar dalam menyelaraskan keilmuan tradisional dengan keperluan sosioekonomi moden. Mahasiswa Al-Azhar, sebagai individu yang memiliki latar belakang pendidikan agama yang kukuh, berpotensi menjadi agen perubahan dalam pembangunan ekonomi dan sosial. Namun, terdapat beberapa isu kritikal yang perlu diatasi, termasuk kadar pengangguran yang tinggi, kurangnya integrasi antara keilmuan tradisional dan teknologi moden, serta kekurangan peluang ekonomi yang berpaksikan ilmu agama. Kajian ini bertujuan untuk mengukuhkan peranan mahasiswa Al-Azhar melalui strategi holistik yang melibatkan pembangunan modul latihan, program keusahawanan berasaskan ilmu, dan kolaborasi dengan pemimpin komuniti. Kaedah pelaksanaan melibatkan pengumpulan data melalui temu bual, penganjuran bengkel bersama mahasiswa dan pakar, serta pelaksanaan projek perintis untuk menilai impak terhadap komuniti. Projek ini dijangka bukan sahaja meningkatkan peluang ekonomi dan tahap keilmuan masyarakat Terengganu, tetapi juga memperkasakan mahasiswa Al-Azhar sebagai pemimpin yang relevan dan dinamik dalam menghadapi cabaran masa depan.

 

Pembuktian Masalah / Keperluan Komuniti 

Projek ini memberi manfaat kepada beberapa kumpulan penerima, yang mempunyai keperluan yang perlu ditangani. Mahasiswa Al-Azhar memerlukan bimbingan untuk menyelaraskan ilmu agama yang mereka pelajari dengan keperluan ekonomi moden dan pasaran kerja. Projek ini akan menyediakan mereka dengan peluang latihan dan peluang sambung belajar, serta memberi mereka peranan aktif dalam pembangunan komuniti. 

Bagi komuniti Terengganu, mereka memerlukan peluang pekerjaan yang lebih baik dan integrasi antara keilmuan agama dengan ekonomi moden. Projek ini akan meningkatkan taraf hidup mereka dengan memberikan peluang pekerjaan berbasis ilmu dan meningkatkan tahap keilmuan mereka.

 

Pihak berkuasa tempatan dan pemimpin komuniti juga memerlukan inisiatif yang dapat menggabungkan keilmuan agama dengan pembangunan ekonomi dan sosial. Projek ini akan memberikan strategi pembangunan yang holistik dan relevan untuk komuniti. Seterusnya, industri keusahawanan dan ekonomi tempatan memerlukan tenaga kerja berkelayakan dengan kemahiran yang relevan, serta model perniagaan yang berpaksikan ilmu agama dan teknologi moden. Projek ini akan menghasilkan graduan yang berkemahiran dalam bidang keusahawanan yang dapat memberi sumbangan kepada sektor ekonomi tempatan.

 

Objektif 

1.      Memperkasa peranan mahasiswa Al-Azhar sebagai agen perubahan dalam pembangunan ekonomi dan keilmuan masyarakat Terengganu.

2.      Menyediakan strategi untuk mengintegrasikan keilmuan tradisional yang dimiliki oleh mahasiswa Al-Azhar dengan teknologi dan keperluan ekonomi semasa.

3.      Meningkatkan peluang pekerjaan dan sumbangan berasaskan ilmu agama, khususnya di kalangan komuniti Terengganu.

4.      Merangka dan melaksanakan program pembangunan graduan yang terarah untuk memastikan mahasiswa Al-Azhar dapat memberi impak positif kepada masyarakat dan ekonomi setempat.

 

Kaedah pelaksanaan

Projek ini melibatkan pembangunan modul latihan yang menyeluruh untuk mahasiswa Al-Azhar. Modul ini akan merangkumi aspek keilmuan tradisional, teknologi moden, keusahawanan berasaskan ilmu, dan kemahiran insaniah seperti kepemimpinan dan komunikasi. Kandungannya disediakan dalam format fleksibel, termasuk buku panduan fizikal serta bahan digital seperti video, webinar, dan lain-lain. Dengan pendekatan bersepadu, modul ini menggabungkan elemen teori, praktikal, dan kajian kes yang relevan dengan isu ekonomi dan sosial masyarakat Terengganu.

Di samping itu, program latihan berterusan seperti bengkel dan seminar akan diadakan secara intensif untuk memberi peluang untuk menyambung pelajaran dan memperkukuh kemahiran mahasiswa dalam pengurusa dan penggunaan teknologi dalam aktiviti dakwah serta ekonomi. Program mentor-mentee turut diperkenalkan dan melibatkan alumni Al-Azhar sebagai bimbingan strategik. Untuk memastikan kemudahan pembelajaran berterusan, platform digital akan diwujudkan bagi membolehkan akses kepada sumber terkini, forum diskusi, dan perkongsian idea.

Kerjasama dengan institusi tempatan juga akan diperkukuh melalui hubungan dengan universiti seperti UniSZA serta agensi kerajaan yang berpotensi menyokong projek ini melalui geran dan nasihat. Selain itu, jaringan komuniti melibatkan masjid, sekolah, dan pertubuhan bukan kerajaan akan digunakan untuk menyebarkan impak positif projek ini kepada masyarakat secara menyeluruh.

Dana yang ingin dikumpulkan adalah sebanyak RM 6000 . 90% daripada dana yang disumbangkan ini akan digunakan untuk memenuhi keperluan untuk menjalankan projek/penyelidikan/aktiviti ini. 10% daripada jumlah yang disumbangkan akan dimasukkan ke dalam tabung endowment penyelidikan UniSZA. Dana ini akan dilaburkan dan keuntungan yang bakal dijana akan digunakan untuk mendanai aktiviti penyelidikan UniSZA pada masa akan datang.

Tiada kemaskini disediakan.

RM 10.00

Nor Adahaliza Othman
1 year ago

RM 1,000.00

Awanama
1 year ago

RM 1,000.00

Wan Muhammad Fakhruddin bin Wan Mokhtar
1 year ago

RM 3,000.00

Awanama
1 year ago
Tiada ulasan dihantar.