Projek Celik Fiqh Wanita ini merupakan satu projek yang telah lama dilaksanakan oleh sekumpulan penyelidik dari Pusat Pengajian Syariah, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam UniSZA. Program ini dilaksanakan secara percuma dan segala perbelanjaan makan dan minum peserta adalah hasil daripada kutipan orang ramai terutamanya ngo seperti PEMADAM, Kumpulan Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti Dan Swasta (pibks) Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Nerus dan lain-lain. Pemilihan peserta adalah sepenuhnya dilaksanakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Nerus. Projek ini dilakukan atas permintaan komuniti setempat termasuk Persatuan Ibubapa Guru (PIBG) yang sentiasa bersungut berkaitan kegagalan para pelajar wanita untuk memahami beberapa perkara berkaitan fiqh wanita termasuk pengurusan darah haid serta hokum-hakam yang berkait dengannya. Para pelajar juga didapati ramai yang meninggalkan solat dan tidak tahu cara solat dengan sempurna. Selain dari itu, keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar perempuan di sekolah menengah juga sangat membimbangkan. Atas sebab-sebab ini sekumpulan penyelidik FKI telah mengambil inisiatif untuk memberi sumbangan dalam bentuk program pemindahan ilmu dalam bentuk pencerahan berkaitan perkara yang berkaitan dengan fiqh wanita kepada komuniti pelajar perempuan di Kuala Nerus ini. Kaedah pelaksanaan program ini adalah terfokus kepada 4 modul yang telah 2 disediakan oleh kumpulan penyelidik FKI iaitu berkaitan haid dan istihadhah, mandi wajib, penghayatan solat dan etika pergaulan. Pencerahan secara teori akan disampaikan oleh para pensyarah FKI yang pakar dalam bidang fiqh wanita. Seterusnya para pelajar akan dibimbing secara praktikal cara wudu, solat dan didedahkan kepada semua perkara yang boleh membatalkan solat. Aktiviti praktikal ibadat ini juga turut dibantu oleh para mahasiswa perempuan daripada Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Syariah. Beberapa siri yang telah dilakukan sebelum ini menunjukkan kejayaan yang sangat cemerlang dan para pelajar menunjukkan kesan yang sangat positif selepas mengikuti program celik fiqh wanita ini.
Dana yang ingin dikumpulkan adalah sebanyak RM 6050 . 90% daripada dana yang disumbangkan ini akan digunakan untuk memenuhi keperluan untuk menjalankan projek/penyelidikan/aktiviti ini. 10% daripada jumlah yang disumbangkan akan dimasukkan ke dalam tabung endowment penyelidikan UniSZA. Dana ini akan dilaburkan dan keuntungan yang bakal dijana akan digunakan untuk mendanai aktiviti penyelidikan UniSZA pada masa akan datang
RM 5,000.00
RM 1,000.00
RM 120.00
RM 50.00
RM 30.00
RM 50.00
RM 100.00
RM 50.00
RM 50.00
RM 150.00
RM 10.00
RM 50.00
RM 50.00
RM 20.00
RM 50.00
RM 100.00
RM 10.00
RM 50.00
RM 10.00
RM 50.00