GO NATURAL: HEALTHY SKIN AND LIP

Projek ini berhasrat untuk mendidik pelajar kolej vokasional tentang potensi tumbuhan semula jadi sebagai agen rawatan dan kecantikan.

campaign-thumbnail
ENDOWMENT

RM 90.00

Target — RM 8,250

5

Contributions

Share this campaign

 Latar belakang projek 

Program bersama pelajar Kolej Vokasional ini akan dilaksanakan oleh pensyarah-pensyarah dari Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Program ini dicadangkan untuk dilaksanakan selama 6 bulan bermula dari Oktober 2023 hingga Mac 2024. Program ini akan diadakan di Makmal Pengajaran, UniSZA Kampus Perubatan serta Makmal pengajaran Kolej Vokasional. Program ini menyasarkan peserta dari kalangan pelajar[1]pelajar dari Kolej Vokasional, Wakaf Tembesu. Matlamat utama program ini adalah untuk pemindahan pengetahuan tentang pembangunan produk dan penggunaan penyelidikan di dalam penghasilan produk. Di samping itu pemindahan teknologi dari pensyarah-pensyarah UniSZA kepada pelajar - pelajar bagi penghasilan produk yang mempunyai impak kepada kesihatan. Program ini dijangka akan dapat menambah baik kerja berpasukan dan kemahiran pengucapan awam pelajar-pelajar. Selain dapat membantu pelajar[1]pelajar untuk memahami kepentingan pendidikan kesihatan. 

Pembuktian permasalahan / keperluan komuniti

 Minat pelajar – pelajar tentang bidang pembuatan masih lagi kurang mendapat sambutan. Hasrat kerajaan yang menginginkan para pelajar yang berkemahiran dapat dipupuk dengan meningkatkan daya reka cipta pelajar terutama dalam bidang STEM dan TVET. 

 Objektif

 1. Mendidik pelajar kolej vokasional tentang potensi tumbuhan semula jadi sebagai agen rawatan dan kecantikan. 

2. Meningkatkan daya reka cipta pelajar dengan usaha sama para pengajar dan pensyarah.

 3. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang potensi penyelidikan berasaskan tumbuhan 2 semula jadi yang boleh meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat. 

 Kaedah pelaksanaan 

1. Sesi ceramah atau perkongsian pakar dengan topik From Lab to Paper to Market 

2. Memberikan panduan tentang formulasi pembuatan produk gincu dan sabun buku berasaskan tumbuhan semula jadi 

3. Bimbingan kepada pelajar Vokasional berkaitan pembuatan gincu dan sabun buku Magic Lipstick (SELLIPS) dan Natural bar soap berasaskan tumbuhan semula jadi

 4. Menjalankan kajian keselamatan kandungan produk dan ujian antimikrob terhadap produk yang dihasilkan untuk memastikan keselamatan kandungan dan keberkesanan produk


Dana yang ingin dikumpulkan adalah sebanyak RM 8250  . 90% daripada dana yang disumbangkan ini akan digunakan untuk memenuhi keperluan untuk menjalankan projek/penyelidikan/aktiviti ini. 10% daripada jumlah yang disumbangkan akan dimasukkan ke dalam tabung endowment penyelidikan UniSZA. Dana ini akan dilaburkan dan keuntungan yang bakal dijana akan digunakan untuk mendanai aktiviti penyelidikan UniSZA pada masa akan datang

No updates have been provided.

RM 10.00

Mohd Nizam bin Zahary
2 years ago

RM 10.00

Anonymous
2 years ago

RM 50.00

NOOR ZARINA BINTI ABD WAHAB
2 years ago

RM 10.00

Khairi
2 years ago

RM 10.00

Nor Adahaliza Othman
2 years ago
No comments have been submitted.