CAHAYA BULAN DAN RAMA-RAMA: PEMUPUKAN MINAT SAINS DI KALANGAN KANAK-KANAK NELAYAN

Projek ini akan melibatkan komuniti pelajar di Sekolah Kebangsaan Lembah Bidung yang akan dilaksanakan oleh penyelidik dari ESERI dan FBIM. Sasaran peserta adalah 30 orang murid (tahun 4 dan 5) daripada keluarga nelayan yang bersekolah di SKLB.

campaign-thumbnail
ENDOWMENT

RM 60.00

Target — RM 7,500

2

Contributions

Share this campaign

Objektif  

1.   Memupuk minat murid dalam bidang sains dan teknologi yang berkaitan dengan bidang ilmu astronomi dan alam semulajadi. 
2.   Memberi pendedahan asas kepada pelajar tentang fungsi setiap kejadian alam seperti pergerakan bulan dan kewujudan serangga nocturnal (serangga yang aktif waktu malam). 
3.   Memperkenalkan kepada pelajar tentang hubungkait antara serangga dan cahaya bulan serta hikmah disebalik hubungkait tersebut.

Kaedah Pelaksanaan  

1.    Projek ini akan dijalankan sepenuhnya secara bersemuka di Sekolah Kebangsaan Lembah Bidung dan Balai Cerap KUSZA.  
2.    Projek ini akan dijalankan secara bersiri selama 6 bulan.  
3.    Penyelidik UniSZA dengan sokongan guru akan memberi tunjuk ajar dan membantu murid dalam melaksanakan projek ini. Pihak PIBG juga akan dijemput untuk sama-sama membantu program ini. 
4.    Terdapat dua pengisian utama yang akan dijalankan sepanjang program iaitu:  
           i)              Cerapan bulan purnama dan planet 
           ii)             Persampelan dan identifikasi serangga nocturnal  
5.    Pelbagai aktiviti akan diadakan sebagai pengisian program iaitu: 
           i)              Perkhemahan waktu malam 
           ii)             Entohunt (memasang perangkap serangga malam) 
           iii)            Penghasilan koleksi serangga 
           iv)            Melukis dan mewarna 
           v)             Interactive game board

Dana yang ingin dikumpulkan adalah sebanyak RM 7,500. 90% daripada dana yang disumbangkan ini akan digunakan untuk memenuhi keperluan untuk menjalankan projek/penyelidikan/aktiviti ini. 10% daripada jumlah yang disumbangkan akan dimasukkan ke dalam tabung endowment penyelidikan UniSZA. Dana ini akan dilaburkan dan keuntungan yang bakal dijana akan digunakan untuk mendanai aktiviti penyelidikan UniSZA pada masa akan datang.

No updates have been provided.

RM 10.00

Nor Adahaliza Othman
1 year ago

RM 50.00

Roslan Umar
2 years ago
No comments have been submitted.