17 May 2023, 08:50:32
DEFINISI ZAKAT
Dari segi bahasa :
Bersih, suci, subur, berkat dan berkembang.
Pengertian perkataan "bersih dan suci" dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dari hak orang lain dan mensucikan dari sifat kedekut dan bakhil. Dalam erti kata lain zakat bermaksud membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang lain.
Dari segi istilah Syara':
Sejumlah harta tertentu yang diwajibkan oleh Allah SWT supaya diserahkan kepada orang-orang yang berhak menerimanya dengan syarat-syarat yang tertentu.
RUKUN ZAKAT
Mengeluarkan sebahagian daripada harta yang mencukupi nisab dengan menamatkan kuasa pemilik ke atasnya dan memberi milik kepada orang miskin (fakir) serta menyerahkan kepadanya ataupun diserahkan kepada orang yang mewakilinya iaitu (pemerintah) ataupun pengutip zakat (al-jabi).
Sumber : E.ZAKAT.MUIP.GOV.MY
SYARAT-SYARAT SAH
Untuk sahnya pemberian zakat disyaratkan "memberi milik", iaitu dengan cara diberi kepada orang yang berhak. Oleh itu tidak memadai (tidak sah) setakat memberi guna (ibahah) atau setakat memberi makan tetapi ia mestilah dengan cara memberi milik.
SYARAT-SYARAT WAJIB MENUNAIKAN ZAKAT
https://wakaf.unisza.edu.my/index.php?option=com_sppagebuilder&view=page&id=30&Itemid=404