PEMINDAHAN TEKNOLOGI INOVASI (D.I.Y) ALAT PENGURANGAN RISIKO KEBOCORAN PAIP DOMESTIK BAGI KOMUNITI KUALA NERUS

FOKUS PROJEK INI ADALAH PEMINDAHAN TEKNOLOGI INOVASI ALAT D.I.Y PENGURANGAN RISIKO PAIP PECAH BAGI SISTEM AIR RUMAH KEPADA WARGA KUALA NERUS DENGAN KERJASAMA DARIPADA PIHAK MPKK DAN INDUSTRI TEMPATAN.

campaign-thumbnail
ENDOWMENT

RM 20.00

Target — RM 16,100

2

Contributions

Share this campaign

Latar Belakang Projek

Fokus projek ini adalah pemindahan teknologi inovasi kepada warga Kuala Nerus. Teknologi inovasi ini adalah alat D.I.Y pengurangan risiko paip pecah atau bocor untuk sistem air rumah. Tujuan inovasi alat ini adalah untuk mengatasi masalah tekanan tinggi dalam sistem air kawasan perumahan yang boleh menyebabkan kebocoran paip. Tekanan tinggi dalam sistem air dikenali sebagai tukul air dimana ianya akan terjadi apabila injap paip terbuka dan tertutup secara tiba-tiba. Kebanyakan pengguna domestik mengalami tahap tekanan air yang tinggi dan seterusnya menyebabkan masalah paip pecah atau bocor. 

 Alat ini akan direka bentuk menggunakan kaedah D.I.Y dan menggunakan peralatan asas bagi membantu warga kuala nerus menghasilkan alat ini dengan mudah dan berkesan. Projek ini akan melibatkan fasa reka bentuk, pengujian dan pemindahan ilmu kepada komuniti sekitar Kuala Nerus. Tiga (3) buah kampung telah dikenalpasti iaitu Kampung Mengabang Telipot, Kampung Pengkalan Maras dan Kampung Wakaf Tengah serta telah mendapat persetujuan daripada Majlis Pembangunan dan Keselamatan Kampung (MPKK) bagi pelaksanaan projek ini. Warga Kuala Nerus yang akan terlibat dalam projek ini akan mendapat pelbagai manfaat terutamanya kemahiran pembuatan dan pemasangan alat inovasi ini. Tanpa kos yang tinggi, komuniti ini akan menjana ekonomi yang tinggi hasil daripada upah pemasangan, pembuatan dan penjualan alat ini. Seterusnya akan membantu meningkatkan kemahiran dan ekonomi warga Kuala Nerus. Projek ini juga telah mendapat sokongan dan kerjasama daripada pihak industri tempatan iaitu RSN Golden Marketing. 

Keperluan Komuniti

Situasi tukul air ini berlaku apabila aliran air pada sistem pengairan ditutup dan menyebabkan tekanan air meningkat secara mendadak. Peningkatan tekanan dalam sistem air yang berpunca daripada situasi ini akan menyebabkan kebocoran atau keretakan pada sistem paip. Perkara ini adalah situasi yang sentiasa berlaku bagi sesebuah rumah dan sistem paip tidak dapat menahan tekanan tambahan yang berlaku daripada tukul air ini. Apabila masalah paip bocor atau retak terjadi, kebanyakan siling rumah akan rosak. Pengguna terpaksa menggantikan siling yang baru dan seterusnya mengeluarkan kos yang tinggi untuk baikpulih masalah ini.  Melihat perkara ini, adalah satu keperluan bagi setiap rumah untuk mempunyai satu alat inovasi ini bagi mencegah masalah paip bocor ini. Melalui projek ini, warga Kuala Nerus akan manfaat dalam dua perkara utama iaitu peningkatan kesejahteraan sosial dan sosioekonomi mereka. 

 Objektif 

Objektif projek ini adalah seperti berikut: 

i.               Membangunkan reka bentuk prototaip alat mengatasi risiko kebocoran paip domestik. 

ii.              Pemindahan ilmu pembuatan dan pemasangan alat kepada warga Kuala Nerus. 

iii.            Validasi fungsi dan kemahiran penggunaan produk dalam kalangan warga Kuala Nerus 

 Kaedah Perlaksanaan

Projek ini akan dilaksanakan melalui tiga (3) fasa iaitu: (1) alat ini akan direka bentuk dan dibangunkan menggunakan peralatan asas yang mudah didapati kedai sekitar Kuala Nerus. Pembuatan alat ini juga akan menggunakan kaedah D.I.Y dan mudah. Seterusnya alat ini akan diuji dan dianalisis bagi mencapai tahap ketahanan yang tinggi dan mengikut spesifikasi keselamatan yang telah ditetapkan. (2) Selepas selesai pembuatan dan pengujian, tiga siri bengkel pemindahan ilmu akan diadakan di sekitar Kuala Nerus melalui kerjasama MPKK. Setiap siri akan melibatkan peserta daripada kampung yang berbeza. Teknik pembuatan D.I.Y dan pemasangan akan diajar semasa bengkel ini. Modul pemasangan juga akan disediakan bagi membantu peserta memahami dengan lebih baik. (3) Satu survey akan dilakukan bagi melihat keberkesanan projek ini. Pemerhatian tentang kemahiran pemasangan alat dan temubual peserta yang terlibat akan dilaksanakan. 

Dana yang ingin dikumpulkan adalah sebanyak RM 16100 . 90% daripada dana yang disumbangkan ini akan digunakan untuk memenuhi keperluan untuk menjalankan projek/penyelidikan/aktiviti ini. 10% daripada jumlah yang disumbangkan akan dimasukkan ke dalam tabung endowment penyelidikan UniSZA. Dana ini akan dilaburkan dan keuntungan yang bakal dijana akan digunakan untuk mendanai aktiviti penyelidikan UniSZA pada masa akan datang.

No updates have been provided.

RM 10.00

Anonymous
6 months ago

RM 10.00

Nor Adahaliza Othman
1 year ago
No comments have been submitted.