EMPOWERING STEM TEACHING AND LEARNING THROUGH PROGRAMMING AND ROBOTIC LEARNING IN RBT SUBJECT

Projek ini bertujuan memmberikan pengajaran dan latihan hands-on kepada para guru sekolah dan pelajar yang mengajar dan belajar subjek Reka Bentuk Teknologi (RBT) dan Asas Sains Komputer (ASK) mengenai ilmu robotik dan pengaturcaraan komputer.

campaign-thumbnail
ENDOWMENT

RM 25.00

Target — RM 6,610

3

Contributions

Share this campaign

Latar belakang projek  

Pendidikan STEM adalah antara program yang diberikan penekanan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) semakin rancak memantapkan pendidikan STEM bagi menarik minat lebih ramai pelajar memasuki  bidang STEM di peringkat sekolah. Salah satu subjek STEM yang di ajar di sekolah menengah rendah adalah Reka Bentuk Teknologi (RBT). Di dalam silibus RBT di peringkat sekolah menengah rendah, terdapat 2 seksyen di bawah pendidikan STEM iaitu pengetahuan robotik dan juga pengaturcaraan komputer. 

Program komuniti yang dicadangkan ini diberi nama STEM Stars: Ignite, Innovate, and Inspire.  Program ini dirancang sebagai menaik taraf dari program komuniti yang telah dijalankan oleh Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) setiap tahun sejak tahun 2012 iaitu Program IT4U. Program IT4U ini merupakan sebuah program tahunan dan dilaksanakan oleh warga FIK dan Persatuan Mahasiswa FIK bersama Timbalan Naib Canselor HEPA dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Besut (PPD Besut). Sehingga kini, program IT4U ini telah berjaya melatih lebih dari 100 orang guru dan lebih dari 200 pelajar sekolah menengah rendah dalam bidang IT. 

Program STEM Stars ini akan dijalankan selama 6 bulan bermula dari Oktober 2023 hingga ke Mac 2024. Program ini akan di adakan di Makmal Komputer FIK, UniSZA Kampus Besut. Peserta bagi program ini adalah terdiri dari kalangan guru-guru dan pelajar sekolah menengah rendah terpilih di daerah Besut. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal dan latihan berkenaan 2 topik dalam salah satu mata pelajaran STEM iaitu RBT di mana fokus adalah kepada pembelajaran robotik dan pengaturcaraan komputer. Pada program ini, guru-guru dan pelajar akan diberi pendedahan pengetahuan, latihan secara hands-on dan berkongsi output berkenaan robotik dan pengaturcaraan computer. Dengan program STEM Stars, perkembangan pengetahuan pelajar akan diselaras dengan kemahiran teknikal untuk pekerjaan mereka di masa hadapan. Pada masa yang sama mereka dapat memperoleh faedah kognitif, seperti penyelesaian masalah, pemikiran analitik & kreatif, kemahiran kepemimpinan dan kerja berpasukan. 

Bagi mencapai faedah berikut, program ini memfokuskan kepada dua (2) agenda utama: 

1)            STEM Stars Robotic: Internet of Things (Arduino Uno) 

2)            STEM Stars Programming: Web Development 

 Pembuktian permasalahan / keperluan komuniti  

Keperluan latihan dan pembelajaran STEM terutamanya dalam pengaturcaraan komputer dan robotik kepada guru dan pelajar sekolah menengah rendah telah dinyatakan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Besut dalam pertemuan mereka dengan pihak pengurusan Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK). Keperluan tersebut telah diambilkira oleh pihak fakulti dengan merangka agenda dan program IT4U kearah yang diperlukan. Namun begitu, arus teknologi semasa menjadikan keperluan tersebut semakin bertambah. Justeru, program kouniti yang baru ini dicadangkan bagi menambahbaik program IT4U yang telah dilaksanakan bagi mengikut keperluan semasa pendidikan setempat. Selain dari itu, selari dengan kurikulum yang dibangunkan oleh Unit Rekabentuk dan Teknologi (RBT), Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), program ini sangat diperlukan bagi memperkasa perancangan dan silibus yang dirangka berjaya dilaksanakan dengan baik. Justeru, kami mendapatkan pandangan dari Ketua Unit RBT, KPM dalam pelaksanaan program penambahbaikan bagi pembelajaran subjek STEM ini. Sila lihat lampiran untuk surat tunjuk minat berkenaan kerjasama ini. 

Objektif  

1)            Memberikan pengajaran dan latihan hands-on kepada para guru sekolah dan pelajar yang mengajar dan belajar subjek Reka Bentuk Teknologi (RBT) dan Asas Sains Komputer (ASK) mengenai ilmu robotik dan pengaturcaraan komputer. 

2)            Menyuntik kesedaran, kepentingan dan minat dikalangan guru dan pelajar dalam mengendalikan penggunaan robot dan pengaturcaraan komputer bagi menganalisis maklumat yang kini semakin pesat berkembang. 

3)            Melatih peserta iaitu guru dan pelajar serta fasilitator yang terdiri dari kalangan pelajar FIK dalam pembangunan diri bagi aspek kemahiran komunikasi, kepimimpinan dan kerja berpasukan. 

4)            Memberi pendedahan dan kesedaran kepada para guru dan pelajar sekolah berkaitan aplikasi teknologi maklumat terkini  

5)            Melahirkan tenaga pengajar yang berpengalaman dikalangan warga FIK UniSZA dalam memberi bantuan khidmat masyarakat terhadap penggunaan teknologi maklumat kepada komuniti luar khususnya disekitar Terengganu. 

 Kaedah pelaksanaan 

Terdapat 2 kaedah program yang akan dilaksanakan: 

a)            Training of Trainers (ToT) kepada guru sekolah menengah rendah yang terpilih yang mengajar subjek Asas Sains Komputer (ASK) dan Reka Bentuk Teknologi (RBT) secara hands-on.   

b)            Bengkel pembelajaran dan latihan hands-on kepada pelajar sekolah menengah rendah yang terpilih yang mengambil subjek Asas Sains Komputer (ASK) dan Reka Bentuk Teknologi (RBT).  

 Dana yang ingin dikumpulkan adalah sebanyak RM 6610  . 90% daripada dana yang disumbangkan ini akan digunakan untuk memenuhi keperluan untuk menjalankan projek/penyelidikan/aktiviti ini. 10% daripada jumlah yang disumbangkan akan dimasukkan ke dalam tabung endowment penyelidikan UniSZA. Dana ini akan dilaburkan dan keuntungan yang bakal dijana akan digunakan untuk mendanai aktiviti penyelidikan UniSZA. pada masa akan datang

No updates have been provided.

RM 10.00

Anonymous
1 month ago

RM 5.00

Nor Adahaliza Othman
8 months ago

RM 10.00

Anonymous
8 months ago
No comments have been submitted.