GENERASI ALFA ORANG ASLI: PENDIDIKAN BERASASKAN STEM MELALUI PENDEKATAN MODEL BIOPSIKOSOSIAL

Projek ini bertujuan memperkasakan pendidikan berasaskan STEM di kalangan OA, melalui pendekatan model biopsikososial yakni melalui ilmu kesihatan tingkah laku dan kesihatan otak, dan juga pendidikan isu kesihatan dan kanser.

campaign-thumbnail
ENDOWMENT

RM 105.00

Target — RM 55,000

2

Contributions

Share this campaign

Latar belakang projek  

 Orang Asli (OA) adalah populasi pribumi heterogen yang membentuk minoriti kebangsaan di Malaysia. Mereka merupakan  penduduk tertua   di Semenanjung Malaysia. Justeru, projek ini memberi tumpuan kepada OA terutamanya generasi muda yang masih bersekolah dan bakal menjadi pemimpin pada masa hadapan di sekitar negeri Terengganu, Semenanjung Malaysia. Jurang utama ialah kami cuba menangani ‘school drop-out’ yang menjadi permasalahan utama dalam kalangan OA yakni dari segi pendidikan berterusan melalui promosi pendidikan berasaskan STEM dan menyasarkan isu kesihatan individu termasuk kanser payudara, kanser kolorektal, kesedaran strok, dan tingkah laku dan kesihatan otak. 

Pembuktian permasalahan / keperluan komuniti  

Hasil perbincangan dengan pihak JAKOA Terengganu & Kelantan serta pelbagai pengalaman melalui kajian terdahulu yang melibatkan OA di seluruh Semenanjung Malaysia, kami mendapati kebanyakan golongan OA masih tidak memandang serius terhadap sistem pendidikan di sekolah dan beranggapan pendidikan tidak akan menjamin kerjaya dan kelangsungan hidup mereka.  

Oleh itu, projek ini akan menggabungkan elemen harian mereka bersama teori sains dan teknologi melalui pembelajaran proaktif dalam dan luar sekolah. Aktiviti yang dijalankan juga akan melibatkan pelajar universiti yang akan berkongsi kemahiran dan episod hidup sebelum berjaya serta mengetengahkan aplikasi media sosial yang boleh menjana pendapatan pada masa sekarang. 

 Objektif  

Memperkasakan pendidikan berasaskan STEM di kalangan OA, melalui pendekatan model biopsikososial yakni melalui ilmu kesihatan tingkah laku dan kesihatan otak, dan juga pendidikan isu kesihatan dan kanser. 

 Kaedah pelaksanaan  

Seminar atau kem akan dijalankan di sekolah selama satu atau beberapa hari bagi memberi pendedahan kepada kanak-kanak dan remaja OA serta para siswazah dan staf UniSZA. Program ini juga bukan hanya tertakluk kepada OA sahaja tetapi pelajar sekolah di luar bandar juga termasuk dan dijemput. 

 Saringan kesihatan tubuh badan, kesihatan minda dan otak, kesihatan tingkah laku akan dilaksanakan sepanjang program bersama OA. Pendekatan psikologi dan spiritual akan diterapkan.  SULAM boleh diaplikasi kepada pelajar UniSZA yang mana mereka didedahkan dengan persekitaran luar dan menggunapakai pengetahuan berkaitan OA, cara hidup mereka, persekitaran dan pedalaman terutamanya. 

 

Dana yang ingin dikumpulkan adalah sebanyak RM 55000  . 90% daripada dana yang disumbangkan ini akan digunakan untuk memenuhi keperluan untuk menjalankan projek/penyelidikan/aktiviti ini. 10% daripada jumlah yang disumbangkan akan dimasukkan ke dalam tabung endowment penyelidikan UniSZA. Dana ini akan dilaburkan dan keuntungan yang bakal dijana akan digunakan untuk mendanai aktiviti penyelidikan UniSZA pada masa akan datang

No updates have been provided.

RM 5.00

Nor Adahaliza Othman
8 months ago

RM 100.00

Anonymous
8 months ago
No comments have been submitted.