Menyalurkan maklumat cara menangani kemiskinan haid terutama pelajar wanita melalui program leterasi haid.
Latar Belakang Projek
Latar belakang projek Kemiskinan haid merujuk kepada situasi berbeza, di mana wanita dan remaja perempuan terhalang daripada mendapatkan penjagaan kesihatan haid yang selamat dan bersih kerana kekangan ekonomi, pendidikan dan limitasi lokaliti. Bagi remaja perempuan, mendapat akses kepada penjagaan kesihatan haid adalah penting sebagai jaminan untuk menjalani kehidupan dengan baik. Bagi sesetengah remaja, kemiskinan haid menyebabkan ketidakhadiran ke sekolah, keciciran aktiviti sukan dan sosial kerana tidak selesa dan malu, malah sebahagiannya terdedah masalah kesihatan yang lain (Global Development Commons, UNICEF, 2022).
Kemiskinan haid mampu memberi kesan kepada kesihatan mental remaja perempuan. Ini didorong oleh tekanan ekonomi, kurang pendidikan, stigma serta kurangnya fasiliti asas seperti air dan sistem pembuangan peralatan haid menyebabkan kualiti hidup berkurangan. Hal ini mampu mempengaruhi fokus dan prestasi remaja wanita di sekolah.
Daripada perspektif Islam, penjagaan haid termasuk dalam Fiqh kebersihan yang menjadi asas kepada ibadah diterima. Islam sebuah agama yang mementingkan kesihatan dan kebersihan terutama melibatkan urusan ibadah. Oleh itu, penjagaan haid dalam Islam turut menekankan pengendalian haid, tempoh kitaran haid serta isu-isu berkaitan darah wanita seperti istihadah. Pendedahan ini penting kepada remaja wanita agar urusan ibadah tidak terganggu.
Pembuktian Masalah/ Keperluan Komuniti
Madiha Abdullah (2022) pula menekankan kepentingan pendidikan tentang haid bukan khusus untuk remaja perempuan tetapi ia merupakan keperluan untuk semua peringkat usia dan jantina. Hasil dari kajian Kotex Period Poverty and Stigma yang dijalankan dalam kalangan 750 remaja dan wanita berumur antara 10-24 tahun menekankan keperluan pendidikan yang bukan hanya mengenai pendarahan yang berkaitan haid semata-mata tetapi kesan keseluruhan kepada kesihatan, fizikal dan mental.
Kaedah Pelaksanaan Projek
Program Literasi Haid disampaikan melalui kaedah penyampaian iaitu ceramah, LDK. Program ini menfokuskan pelajar wanita sekolah yang berumur 10 tahun hingga 15 tahun dan ibu/penjaga wanita. Sasaran program ini hanya kepada sekolah di sekitar Kuala Nerus sahaja.
Pelaksanaan program akan dinilai melalui soal selidik pre dan post kepada komuniti sasaran iaitu pelajar wanita dan ibu/penjaga wanita. Pengisian program terbahagi kepada tiga iaitu 1) Kenali diri dan perubahan diri; 2) Ilmu dan pengurusan haid; 3) Kesihatan dan kebersihan diri dan 4) Agama vs Taboo. Program ini turut mendapat kerjasama bersama NGO seperti AJWA dalam mengatasi kesan kemiskinan haid kepada pelajar wanita serta ibu/ penjaga wanita.
Dana yang ingin dikumpulkan adalah sebanyak RM 5711.20. 90% daripada dana yang disumbangkan ini akan digunakan untuk memenuhi keperluan untuk menjalankan projek/penyelidikan/aktiviti ini. 10% daripada jumlah yang disumbangkan akan dimasukkan ke dalam tabung endowment penyelidikan UniSZA. Dana ini akan dilaburkan dan keuntungan yang bakal dijana akan digunakan untuk mendanai aktiviti penyelidikan UniSZA pada masa akan datang.
RM 10.00
RM 20.00
RM 10.00
RM 10.00
RM 15.00
RM 50.00
RM 10.00
RM 10.00
RM 10.00
RM 10.00
RM 10.00
RM 10.00
RM 10.00