STRATEGI TANGANI KOS SARA HIDUP MAHASISWA DAN IMPLIKASI TERHADAP EKONOMI KOMUNITI: KAJIAN KES DI TERENGGANU

Projek bertujuan untuk membantu mahasiswa dalam tangani isu kos sara hidup dan implikasi terhadap ekonomi komuniti di Terengganu.

campaign-thumbnail
ENDOWMENT

RM 20.00

Target — RM 3,940

2

Contributions

0

Days left

Share this campaign

Objektif

1)    Menghuraikan punca kos sara hidup mahasiswa dan komuniti sekitar IPT. 

2)    Mengenal pasti bentuk bantuan kos sara hidup mahasiswa dan komuniti sekitar IPT. 

3)    Menganalisis implikasi sosio-ekonomi mahasiswa dan komuniti sekitar IPT.  

4)    Membina aplikasi bentuk bantuan kos sara hidup untuk mahasiswa dan komuniti sekitar IPT.  

Latar Belakang Kajian

Kegawatan ekonomi yang melanda dunia pada tahun 2008, telah menyebabkan berlakunya kejatuhan dan kerugian harga pasaran yang teruk. Banyak negara yang mengalami tempias hasil daripada kejatuhan tersebut, termasuklah negara Malaysia. Implikasinya, negara telah menghadapi masalah ekonomi yang tidak stabil. Masalah ini berterusan dirasai oleh rakyat Malaysia, apabila berlakunya pandemik COVID-19 pada tahun 2020. Pasca pandemik ini telah mempengaruhi ekonomi Malaysia seperti penurunan nilai mata wang, penyusutan KDNK dan memberi kesan sosio-ekonomi kepada masyarakat (Nur Hafizah Yusoff & Muhammad Ridhwan Sarifin, 2021). Wabak ini juga memberi kesan buruk kepada beberapa sektor utama seperti sektor perkhidmatan, perhotelan, hiburan, pelancongan dan pasaran. Malahan, wabak ini juga telah memberi kesan yang buruk terhadap sistem pendidikan negara terutama kos sara hidup mahasiswa. Berdasarkan rekod sistem MyMoheS Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), lebih 30 000 atau 2.6 peratus daripada lebih 1.1 juta orang mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) gagal menamatkan pengajian pada tahun 2020 dan 2021 (Amirah Syazwani Baderol Sham, 2023). Walaupun terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kegagalan tersebut, masalah kos sara hidup merupakan faktor utama menyebabkan mahasiswa di negara ini gagal menamatkan pengajian mereka.

Desakan dan tekanan hidup yang dihadapi oleh mahasiswa gara-gara peningkatan kos sara hidup perlu diberi perhatian yang serius. Perkara ini mampu menjejaskan tumpuan terhadap pengajian dan mengundang stres dalam kalangan mahasiswa. Pihak KPT telah menyediakan inisiatif dengan memperkenalkan menu makanan dengan harga yang rendah dan baucer makanan kepada mahasiswa daripada keluarga B40. Walau bagaimanapun, mahasiswa juga perlu berusaha mengubah gaya hidup mereka dalam usaha untuk menangani peningkatan kos sara hidup agar mereka lebih bersedia apabila beralih ke alam pekerjaan kelak. Golongan mahasiswa juga perlu mengamalkan prinsip kesederhanaan dalam menguruskan perbelanjaan seharian. Mereka juga perlu bijak dalam merancang kewangan dengan  mengutamakan keperluan berbanding dengan kemahuan.

Hutton (2005), menekankan empat  ideopolis perlu disokong dengan ‘soft policy’  yang menekankan empat komponen iaitu: kepakaran, kepimpinan, keunikan dan koloborasi. 

1.    Kepakaran: bandar perlu melabur dalam kepakaran yang bersesuaian dengan sektor utama dan memperoleh faedah daripada inovasi yang dikaitkan dengan kepakaran tinggi dan faedah spin-off  institusi pendidikan.

2.    Kepimpinan: perubahan hala tuju bandar, memerlukan kepimpinan yang kuat dan bekerjasama dengan stakeholders lain.  

3.    Kelebihan tersendiri: bandar yang berjaya terdiri daripada bandar yang mempunyai identiti yang dapat membantu menarik perniagaan, tenaga kerja mahir, pelancong dan pelajar, kekuatan sektor budaya dan kreatif yang seterusnya menjana ekonomi.

4.    Koloborasi: setiap bandar mempunyai kelebihan tersendiri dan masing-masing bertindak secara komplimentari tarikan yang ada pada, antara kualiti hidup dan persekitaran kerja di kawasan petempatan berhampiran.

Oleh yang demikian, sumbangan IPT kepada komuniti sekitar adalah keperluan meransang kerjasama antara universiti, pihak berkuasa tempatan dan perniagaan lokal. Komuniti juga dapat menyumbang peluang pekerjaan kepada mahasiswa dalam menangani isu kos sara hidup.  Perkara ini juga memberikan sumbangan kepada mahasiswa dari segi kemahiran lembut (soft-skill).  

Kaedah pelaksanaan

1.    Reka Bentuk Kajian 

Kaedah campuran (mixed method) kuantitatif dan kualitatif untuk mengukuhkan dapatan kajian. Bagi tujuan kajian ini, kaedah kualitatif digunakan di mana persekitaran dilihat sebagai terbuka dan berupaya memberi maklumat secara tidak langsung kepada pengkaji (Neuman, 2004). Dua ciri utama kaedah ini adalah pemerhatian dan temu bual. Temu bual dilakukan untuk meneroka permasalahan atau topik perbincangan dengan lebih mendalam. Kaedah kualitatif disifatkan sebagai semula jadi kerana pengkaji tidak mengubah atau mempengaruhi pandangan responden. 

Kaedah kuantitatif merupakan kaedah yang menumpukan data secara berstruktur, lebih objektif serta kebiasaannya data dalam bentuk bernombor. Kaedah ini adalah satu cara pengumpulan data bernombor bagi menjelaskan sesebuah fenomena (Aliaga & Gunderson, 2000) dan data tersebut dianalisis menerusi pendekatan matematik, iaitu statistik (Mujis, 2010). 

2.    Kawasan Kajian

Kajian ini akan dilaksanakan di sekitar IPT di Terengganu

3.    Pemilihan sampel

Kaedah pensampelan bertujuan, di mana sampel dipilih berdasarkan kemampuan memberikan jawapan kepada dapatan yang diperlukan. Bagi kaedah kualitatif, Seramai 20 orang informan terlibat dalam empat FGD ini. Manakala seramai 200 orang responden terlibat dalam kajian kuantitatif. 

4.   Pengumpulan data

Focus Group Disscussion (FGD) dilaksanakan ke atas tiga kumpulan FGD, setiap satu FGD daripada setiap daerah kajian. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik kepada 200 orang ahli komuniti. 

5.   Analisis data

Analisis data kuantitatif pula akan menggunakan analisis Smart PLS sementara data kualitatif akan menggunakan NVIVO 8 untuk mendapat tema kajian. 

Dapatan juga diharapkan menjadi rujukan pemikir dan pelaksanaan strategi tangani kos sara hidup mahasiswa dan implikasi terhadap ekonomi komuniti di Terengganu.

Dana yang ingin dikumpulkan adalah sebanyak RM 3939.54. 90% daripada dana yang disumbangkan ini akan digunakan untuk memenuhi keperluan untuk menjalankan projek/penyelidikan/aktiviti ini. 10% daripada jumlah yang disumbangkan akan dimasukkan ke dalam tabung endowment penyelidikan UniSZA. Dana ini akan dilaburkan dan keuntungan yang bakal dijana akan digunakan untuk mendanai aktiviti penyelidikan UniSZA pada masa akan datang. 

No updates have been provided.

RM 10.00

Anonymous
1 year ago

RM 10.00

Nor Adahaliza Othman
2 years ago
No comments have been submitted.