PEMINDAHAN ILMU MODUL ASAS IBADAT (I-ASAS) PEMERKASAAN PEMULIHAN HOLISTIK GOLONGAN TRANSGENDER MUSLIM DI TERENGGANU

Projek ini bertujuan mendedahkan dan memberi bimbingan modul I-ASAS kepada komuniti transgender Muslim Terengganu.

campaign-thumbnail
ENDOWMENT

RM 500.00

Target — RM 9,040

10

Contributions

Share this campaign

Latar Belakang Projek 

Ibadah merupakan aspek terpenting dalam kehidupan individu Islam. Melalui ibadah yang sempurna, sudah pasti dapat mengekang masalah sosial yang dihadapai oleh individu atau masyarakat (Khairul Hamimah Mohammad Jodi, Syaidatun Nazirah Abu Zahrin & Hadenan Towpek, 2015). Ibadah dari sudut etimologinya bermaksud ketaatan dan doa yang merupakan salah satu aktiviti mendekatkan diri umatnya dengan Pencipta. Perkara ini dinyatakan dalam firmanNya: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu” (al-Dhariyat, 56). Islam menganjurkan umatnya melaksanakan ibadah dengan sempurna. Dengan ibadah yang sempuna, muslim mampu mengelakkan daripada melakukan perkara maksiat dan perkara keji (al-Qurtubi, 2000). Manakala, kelemahan dalam melaksanakan ibadah dengan sempurna akan membawa kesan negatif, selain membawa kepada pengingkaran tuntutan Islam yang lain sama ada perkara yang disuruh atau dilarang. Isu transgender kian menghantui masyarakat muslim di Malaysia. Perkembangan golongan transgender di Malaysia khususnya berada pada tahap yang membimbangkan. Ini ditambah pula dengan gerakan mereka yang semakin kuat mencabar kedaulatan undang[1]undang serta sistem keagamaan di Malaysia (Wan Nur Izzati Wan Nor Anas, 2022). Pihak berwajib melalui Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan badan bukan kerajaan (NGO) bertungkus lumus dalam mengadakan program kesedaran dan pemulihan kepada golongan transgender terutama transgender muslim. Namun, pelaksanaan yang kurang berstrategik tidak memberi impak yang signifikan dalam menyelesaikan masalah ini. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan kelihatan suram dan tidak disertai oleh golongan ini secara maksimum. Hal ini kerana golongan transgender ini mempunyai kelompok[1]kelompok yang kecil dan mempunyai ikatan yang lebih kuat sesama mereka (Wan Nur Izzati Wan Nor Anas, 2022). Oleh itu, strategi yang lebih mampan perlu diperhalusi agar program pemulihan dan kesedaran kepada golongan ini memberikan impak yang maksimum selain mencapai objektif yang diharapkan. 

Pembuktian Masalah / Keperluan Komuniti 

Menurut Mohd Lazim Endut (2018), kerajaan memandang serius isu transgender yang berlaku di Terengganu kerana perkara tersebut amat membimbangkan. Salah satu faktor masalah sosial transgender berlaku adalah kurangnya pendedahan asas agama (Wan Nur Izzati Wan Nor Anas, 2022). Walaupun terdapat beberapa usaha dijalankan untuk memulihkan golongan ini melalui mukhayyam (perkemahan), kelas-kelas agama, program bersepadu fardhu ain, namun program ini tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. Kehadiran kumpulan transgender ini adalah pada tahap minima dan tidak dapat mencapai objektif yang diharapkan. Oleh itu, dalam mendepani masalah sosial transgender, pendekatan yang paling asas yang perlu dititikberatkan terhadap golongan transgender Muslim adalah asas ibadat. Walaupun secara ironinya, mereka masih melakukan perbuatan meniru jantina lain, pendedahan asas ibadat menjadikan golongan ini cenderung untuk mendekatkan diri mereka dengan mengerjakan ibadah asas kepada Allah S.W.T. Kecenderungan mereka itu menjadi satu batu loncatan untuk mereka berubah kembali kepada jantina fitrah mereka. 

Objektif 

1) Memberikan pendedahan kepada fasilitator terpilih berkaitan modul I-ASAS dari aspek pengajaran dan bimbingan melalui ToT. 

2) Mendedahkan dan memberi bimbingan modul I-ASAS kepada komuniti transgender Muslim Terengganu. 

3) Menilai perkembangan bimbingan modul I-ASAS oleh fasilitator terpilih kepada komuniti transgender Muslim Terengganu. 

Hasil daripada menerapkan modul I-ASAS kepada golongan transgender Muslim di Terengganu, mereka dapat melaksanakan ibadat dengan sempurna sekaligus mereka dapat mengukuhkan spiritual bagi melawan nafsu untuk konsisten di landasan fitrah manusia. Sehubungan dengan itu, program yang dirancangkan ini cuba mengatasi kekurangan pendedahan berkaitan ibadat kepada komuniti transgender di dalam persatuan T-Fitrah supaya dapat merealisasikan hasrat kerajaan madani untuk mencapai kesejahteraan masyarakat kepada komuniti setempat. Program pemindahan ilmu ini juga merupakan satu kerjasama komuniti antara UniSZA dan Persatuan T[1]Fitrah, Kuala Terengganu. Program ini bertujuan menerapkan ilmu di universiti melalui modul asas Ibadat (I-ASAS) kepada golongan transgender Muslim di Terengganu. Projek ini adalah berbentuk ToT.ToT akan diberikan kepada beberapa orang dalam kalangan transgender yang telah berubah dan disegani dalam kalangan mereka berkaitan modul I-ASAS. Mereka akan diberikan pendedahan dan pengajaran modul I-ASAS. Kemudiannya, mereka akan mengajar I-ASAS kepada golongan transgender lain.

Kaedah pelaksanaan

 Lifelong Learning Project methodology: Program yang akan dijalankan di Terengganu adalah berdasarkan penerapan modul I-ASAS melalui pendekatan dan aktiviti berikut: 

a. Bengkel / Kursus ToT Modul I-ASAS kepada fasilitatator dalam kalangan transgender yang terpilih yang melibatkan 10-15 orang.

 b. Penilaian berkala perkembangan program bimbingan dan pengajaran oleh fasilitator dari kalangan transgender yang terpilih untuk modul I[1]ASAS bersama komuniti transgender Muslim. Kaedah yang digunakan ialah secara akademik dan berorientasikan aplikasi. Fasilitator terpilih dalam kalangan transgender diajar konsep dan kaedah pelaksanaan ibadah melalui ‘Modul I-ASAS. Fokus utama program ini adalah ToT modul I-ASAS kepada fasilitator terpilih dalam kalangan transgender. Kemudian, selepas selesai program ToT kepada mereka, mereka akan menjadi fasilitator modul I-ASAS kepada komuniti transgender Muslim yang lain di dalam kumpulan dan program yang berlainan. Penilaian akan dilakukan terhadap program tersebut secara berkala untuk melihat sama ada sambutan terhadap ptogram bimbingan modul I[1]ASAS yang dikelolakan oleh fasilitator dari kalangan transgender yang telah diberi ToT mendapat sambutan atau sebaliknya. Pensyarah pakar terlibat ditugaskan sebagai konsultan dan membimbing fasilitator dalam kalangan transgender terpilih secara berkala dalam tempoh 12 bulan.


Dana yang ingin dikumpulkan adalah sebanyak RM 9040  . 90% daripada dana yang disumbangkan ini akan digunakan untuk memenuhi keperluan untuk menjalankan projek/penyelidikan/aktiviti ini. 10% daripada jumlah yang disumbangkan akan dimasukkan ke dalam tabung endowment penyelidikan UniSZA. Dana ini akan dilaburkan dan keuntungan yang bakal dijana akan digunakan untuk mendanai aktiviti penyelidikan UniSZA pada masa akan datang

No updates have been provided.

RM 50.00

WAN MUHAMMAD IZZRUSYAIDI BIN WAN NOR ANAS
6 months ago

RM 10.00

iliani jamhari
8 months ago

RM 50.00

WAN MUHAMMAD IZZRUSYAIDI BIN WAN NOR ANAS
8 months ago

RM 100.00

WAN MUHAMMAD IZZRUSYAIDI BIN WAN NOR ANAS
8 months ago

RM 10.00

Nor Adahaliza Othman
8 months ago

RM 50.00

WAN MUHAMMAD IZZRUSYAIDI WAN WAN NOR ANAS
8 months ago

RM 10.00

Wan Firdaus
8 months ago

RM 200.00

Anonymous
8 months ago

RM 10.00

Anonymous
8 months ago

RM 10.00

Anonymous
8 months ago
No comments have been submitted.