Pengenalan Projek
Sumber bekalan air bersih dunia datang dari glasier (69%), air bawah tanah (31%) dan air permukaan seperti tasik, sungai dan kolam tadahan (0.3%). Namun begitu, hampir keseluruhan rakyat Malaysia bergantung sepenuhnya kepada air permukaan sebagai sumber air bersih utama untuk kegunaan seharian. Malaysia merupakan sebuah negara yang mewah dengan sumber air, hujan yang berterusan sepanjang tahun, sungai yang banyak dan sumber air bawah tanah yang belum digunakan sepenuhnya. Namun begitu, kerakusan dan keghairahan pemain industri terutama sektor pembangunan yang tidak terkawal menjejaskan kehidupan masyarakat sekitar terutamanya komuniti orang asli yang sangat bergantung dengan sumber alam semulajadi. Penerokaan hutan secara besar-besaran termasuk untuk pembangunan ladang sawit di sekitar perkampungan mereka juga turut menjejaskan sumber alam terutamanya sumber keperluan asas seperti sumber air dan makanan. Masyarakat Orang Asli Kuala Koh sememangnya tidak mempunyai sumber air bersih dan tenaga eletrik, mereka hanya bergantung sepenuhnya kepada “air tandak” dan generator sebagai sumber tenaga. Keadaan menjadi bertambah seriud apabila kesedaran dalam kalangan komuniti orang asli di kawasan tersebut terhadap keperluan air bersih sangat rendah. Dengan itu, sumber air bawah tanah boleh diterokai dalam menjimatkan kos dan masa perpaitan. Perkampungan Orang Asli Kuala Koh menempatkan komuniti Orang Asli Suku Batek yang terdiri seramai lebih daripada 200 orang dan jumlah ini akan bertambah dari semasa ke semasa. Justeru itu, projek “Pembangunan Sistem Pintar Air Bawah Tanah bagi Kelestarian Sumber Air dan Keperluan Asas Komuniti Orang Asli Suku Batek di Taman Negara Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan” di cadangkan bagi menyelesaikan masalah ini. Kaedah pengimejan keberintangan geoelektrik dan hidrogeologikal akan digunakan dalam penentuan kawasan berpotensi tinggi sebagai sumber air dan sistem solar panel bagi bekalan tenaga dalam memastikan kelestarian sistem sumber air yang dibina kelak. Penyelidikan ini juga adalah sejajar dengan inisiatif pelan strategik Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) iaitu meningkatkan kesejahteraan komuniti terutamanya bagi golongan orang asli yang terpinggir dan menerima sumber asas yang terhad. Hal ini, dengan mengaplikasikan penggunaan teknologi (Inovasi Akar Umbi) bagi memenuhi keperluan asas dan kefungsian sosial. Di samping itu, projek ini secara langsung dan tidak langsung mampu menyumbangkan faedah kepada orang ramai terutamanya keseluruhan komuniti di kawasan terbabit.
Dana yang ingin dikumpulkan adalah sebanyak RM 268350 . 90% daripada dana yang disumbangkan ini akan digunakan untuk memenuhi keperluan untuk menjalankan projek/penyelidikan/aktiviti ini. 10% daripada jumlah yang disumbangkan akan dimasukkan ke dalam tabung endowment penyelidikan UniSZA. Dana ini akan dilaburkan dan keuntungan yang bakal dijana akan digunakan untuk mendanai aktiviti penyelidikan UniSZA pada masa akan datang
RM 10.00
RM 30.00
RM 20.00
RM 10.00
RM 10.00