02 May 2023, 14:23:24
DEFINISI INFAQ
Infaq bermaksud pemberian (sumbangan) wang, harta dan sebagainya yang dibelanjakan untuk kebajikan seperti derma, sedekah. Sebagai contoh, "Asrama itu memerlukan infaq daripada orang ramai untuk membolehkan penyelenggaraan kos operasi hariannya". Berinfaq juga bermaksud memberikan atau mengeluarkan infaq. Contohnya, "Dia akan tetap menginfaq sekadar yang mampu" atau "Seseorang yang menginfaq untuk mencari keredaan Allah" dan "Mereka akan menginfakkan semua keuntungan itu kepada ahli ibadat, ahli zuhud dan ulama".
Dipetik daripada Kamus Dewan Edisi Keempat
HUKUM INFAQ
Terdapat tiga jenis hukum infaq (bergantung pada sasaran infaq atau kepada siapa dan untuk apa harta tersebut diinfaqkan)
Dipetik daripada petikan buku Panduan Muslim Sehari-hari karya Hamdaan Rasyid dan Saiful Hadi El-Sutha
KELEBIHAN BERINFAQ
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya".
(Surah al-Baqarah, ayat 261)
https://wakaf.unisza.edu.my/index.php?option=com_sppagebuilder&view=page&id=28&Itemid=402